Monday, June 28, 2010

PruBSN Ummah

PruBSN UMMAH
Rancanglah masa hadapan..
Kukuhkan keperluan rohani..
Memenuhi keperluan Rohaniah..
Perlindungan dan Simpanan, semuanya dalam satu!



LUANGKAN MASA ANDA 5 MINIT MEMBACA INI :

Katakanlah anda sekarang berumur 30 tahun dan mula menyimpan sebanyak RM50 dgn membuat auto debit dari akaun bank anda pada setiap bulan utk simpanan mengerjakan Haji, anda telah mempunyai wang simpanan sebanyak RM12,000 apabila umur anda mencecah 50 tahun. Bagaimanakah caranya?

Januari 2011 - Disember 2011 (12 bulan)...

simpanan sebanyak RM50 x 12 bulan = Rm600!

Apabila umur anda 50 tahun, anda telah menyimpan sebanyak RM600 setahun selama 20 tahun. Jadi, bermakna wang simpanan anda pada ketika itu adalah sebanyak RM12,000. Anda cuma perlu menambah sedikit sahaja wang utk mencukupkan wang simpanan anda bagi anda selesa menunaikan ibadah haji tanpa perlu memeningkan kepala memikirkan bagaimana cara utk membayar harga utk menunaikan ibadah Haji yg agak tinggi. Skim ini baru sahaja diperkenalkan oleh Prudential BSN @ PruBSN Takaful bg kemudahan menyimpan wang utk umat Islam di negara Malaysia. Dan saya adalah salah seorang ejen di syarikat Takaful ini, jika anda berminat dan ingin mencari ejen yg boleh dipercayai (dan seandainya anda percaya pada kejujuran saya mengendalikan wang simpanan anda), silalah berhubung dgn saya segera kerana setiap org yg ingin mendaftar di Takaful perlu di bawah seorang ejen yg mempunyai lesen dari Bank Negara utk menguruskannya. Saya korbankan masa lapang saya utk mendaftar diri menjadi salah seorang ejen kerana merasakan bertanggungjawab membantu mereka di luar sana bagi mengatur dan menyusun sebaik mungkin kewangan anda. Dan adalah menjadi kewajipan bagi seorang Muslim mengerjakan Haji di Tanah Suci bagi mereka yg berkemampuan. Seandainya ditakdirkan anda meninggal dunia sebelum sempat anda menunaikan rukun Islam yg kelima itu, pihak Takaful akan membual Badal Haji bagi pihak anda. Seharusnya, anda tidak perlu risau pada detik2 terakhir nafas anda tentang rukun Islam yg kelima itu dan semoga roh anda kembali kerahmatullah dgn tenang dan damai, insya Allah...




 
KONSEP TAKAFUL

Takaful adalah satu konsep saling membantu yang berasaskan prinsip-prinsip perkongsian tanggungjawab, kerjasama dan kepentingan bersama. Setiap peserta menyumbang berdasarkan Tabarru’ (derma) ke dalam dana yang akan digunakan untuk membantu satu sama lain apabila diperlukan.
 
 
Memenuhi keperluan Rohaniah, Perlindungan dan Simpanan...

semuanya dalam satu!




Pelan PruBSN Ummah
Ramai di antara kita merancang perkara-perkara penting dalam kehidupan ini. Kita merancang untuk kehidupan yang baik dan kita turut merancang kesejahteraan untuk orang-orang yang kita sayangi. Dalam usaha mencapai kesejahteraan duniawi, sebagai umat Islam, kita seharusnya turut sama memastikan keperluan
rohaniah dipenuhi.

PruBSN Ummah adalah satu pelan unik yang akan membantu anda mencapai aspirasi anda untuk memenuhi kewajipan yang dituntut oleh agama. Ia bukan sahaja melindungi dan menyediakan anda simpanan pada masa depan, malah ia juga membantu anda sebagai seorang Muslim melalui ciri-ciri uniknya seperti
Elaun Haji, Badal Haji, Manfaat Berganda dan Penulisan Wasiat Islam.

Sebagai peserta, anda mungkin layak menerima bonus loyalti.

Dengan kesemua faedah istimewa ini, kami percaya bahawa PruBSN Ummah akan membantu anda menumpukan perhatian terhadap aktiviti-aktiviti yang dapat memenuhi keperluan rohaniah anda dan pada masa yang sama, memastikan anda dilindungi.

PruBSN Ummah. Satu pelan yang memberikan anda tumpuan dalam persiapan rohaniah – dunia dan akhirat.



Sepintas Lalu Apa Yang PruBSN Ummah Boleh Tawarkan :

*Manfaat-manfaat Haji/Umrah.

*Bonus loyalti.

*Jaminan kewangan sekiranya anda kehilangan nyawa atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

*Manfaat-manfaat penyakit kritikal.

*Tingkatkan simpanan anda.

*Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi.


 
Manfaat-manfaat Haji/Umrah :

• Manfaat Takaful Berganda akan dibayar sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh semasa menunaikan Haji/Umrah.

• Kami akan memastikan bahawa kewajipan Haji anda ditunaikan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya sebelum anda sempat menunaikan Haji menerusi Badal Haji.

• Pengeluaran simpanan bagi perjalanan anda untuk menunaikan Haji/Umrah.


Bonus loyalti :

• Sememangnya berbaloi untuk menjadi pelanggan setia kami! Anda akan diberi bonus loyalti sebagai Elaun Haji apabila anda menunaikan Haji sekiranya anda membayar sumbangan anda secara konsisten.

• Pelan ini juga menyediakan bonus loyalti apabila anda terus membayar sumbangan anda sehingga penghujung tempoh takaful anda atau sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh, tertakluk kepada terma dan syarat.


Jaminan kewangan sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh :

• Menjamin keperluan kewangan masa depan untuk keluarga anda.

• Memastikan tanggungjawab kewangan anda yang masih tertunggak dijelaskan.

• Wang tunai tambahan bernilai RM2,000 untuk manfaat Khairat Kematian.


 
Manfaat-manfaat Penyakit Kritikal :

• Melindungi anda apabila anda dikenalpasti menghidap penyakit yang boleh mengancam nyawa anda.
 

Tingkatkan simpanan anda :

• Pengumpulan wang simpanan bagi menunaikan Haji, Umrah atau tujuan-tujuan lain. Walaupun setelah anda disahkan menghidap penyakit kritikal, kami akan memastikan simpanan anda terus meningkat.
 

Lindungi masa depan orang-orang yang anda sayangi :

• Wariskan kekayaan anda kepada orang-orang yang anda sayangi menerusi penulisan wasiat Islam.  
 


 
Apa yang anda perlu tahu tentang PruBSN Ummah :

Apakah itu PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah satu pelan Takaful keluarga yang direka untuk membantu memenuhi keperluan rohaniah umat Islam selain keperluan duniawi. Pelan ini menyediakan anda perlindungan dan simpanan, serta manfaat-manfaat yang akan membantu dalam pencarian rohaniah anda.

 
Siapakah yang boleh menyertai pelan ini?
Pelan ini adalah untuk mereka yang berumur di antara 19 - 60 tahun pada hari jadi berikutnya yang mahukan satu pelan yang bukan sahaja memberikan mereka perlindungan dan simpanan, tetapi juga membantu mereka menunaikan kewajipan yang dituntut oleh agama.

 
Apakah itu bonus loyalti dan elaun Haji, dan bagaimanakah saya boleh mendapatkannya?
Bonus loyalti adalah manfaat khas untuk anda kerana menjadi pelanggan kami yang setia. Bonus loyalti anda ditentukan berdasarkan peratus sumbangan anda yang semakin meningkat sekiranya lebih lama anda berada dalam pelan ini. Anda akan menerima bonus loyalti anda apabila anda:
• Menunaikan Haji (sebagai Elaun Haji), atau
• Hidup sehingga ke akhir tempoh pelan ini, atau
• Disahkan hilang upaya kekal dan meyeluruh, atau
• Meninggal dunia

Bonus loyalti yang anda terima sebagai Elaun Haji boleh digunakan sama ada sebagai wang saku setelah anda menerima pengesahan untuk menunaikan Haji, atau ia juga boleh digunakan untuk memastikan keperluan kewangan orang-orang yang tersayang terjamin semasa anda menunaikan Haji.

Selain itu, bonus loyalti anda akan terus meningkat walaupun anda telah menggunakannya sebagai Elaun Haji selagi anda terus membayar sumbangan anda. Bonus loyalti tersebut akan dibayar tertakluk kepada peristiwa-peristiwa yang dinyatakan di atas.

 
Bagaimanakah saya mengaturkan Badal Haji?
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum sempat menunaikan Haji, kami akan menguruskan apa yang perlu supaya Badal Haji ditunaikan bagi pihak anda. Kami akan membayar RM3,000 kepada penama yang dilantik oleh anda (sebaiknya waris yang terdekat berumur 18 tahun dan ke atas) atau kepada Tabung Haji Travel & Services agar mereka dapat menunaikan Badal Haji bagi pihak anda.

Bagaimanakah saya boleh meningkatkan lagi perlindungan PruBSN Ummah?
Anda boleh meningkatkan perlindungan PruBSN Ummah anda menerusi plilihan-pilihan berikut dengan sumbangan tambahan.

Crisis Shield :
Memberikan anda sebahagian daripada jumlah perlindungan asas sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Contributor :
Membayar sumbangan PruBSN Ummah Takaful tahunan anda sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

 
Bagaimanakah saya boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam?
Kami akan menyediakan semua urusan yang perlu dilakukan supaya wasiat anda dibuat tanpa sebarang kesukaran. Wasiat anda akan diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Anda hanya perlu membayar yuran yang hanya dikenakan sekali sahaja untuk perkhidmatan ini.


Berapakah yang perlu saya sumbangkan untuk pelan ini?
Sumbangan bulanan minimum adalah RM50. Walau bagaimanapun, sumbangan sebenar anda akan bergantung kepada berikut:
• umur anda
• jumlah dan terma perlindungan anda
• status kesihatan anda
• jantina anda
• pekerjaan anda (jika berkenaan)
• kaedah pembayaran anda
• kekerapan pembayaran anda sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun
 
Contoh ilustrasi sumbangan :
Butiran : Adam
Umur : 19
Jumlah dilindungi : RM10,000
Terma : 10 Tahun
Tahap kesihatan : Tidak merokok
Pekerjaan Pelajar Pelajar
Cara pembayaran : Tunai
Kekerapan bayaran bulanan : RM53.30
Jumlah sumbangan tahunan : RM627.00


Apakah caj-caj yang terlibat dalam PruBSN Ummah?
PruBSN Ummah adalah berlandaskan model Wakalah Mudharabah di mana sumbangan anda akan dimasukkan ke dalam akaun anda setelah kami mengambil sebahagian daripadanya sebagai caj Wakalah. Ini adalah yuran bagi perkhidmatan-perkhidmatan yang kami sediakan.

Jadual berikut memberikan butiran tentang caj Wakalah dan caj-caj lain yang berkaitan :

Caj Wakalah terdahulu :
Tahun sijil : 1 / 2 / 3 / 4 / 5 / 6 / 7 / 8-10 / 11-15 / 16 & keatas.
Peratus sumbangan : 60% / 45% / 40% / 30% / 25% / 20% / 15% / 10% / 5%.

Caj pengurusan risiko : Kami mengambil 35% daripada Tabarru’ bulanan anda bagi pengurusan risiko dana Tabarru’.

Tabarru’ : Kami mengambil sejumlah amaun setiap bulan sepanjang tempoh perlindungan berdasarkan umur, jantina, status kesihatan, pekerjaan (jika berkenaan), jumlah perlindungan dan tempoh perlindungan anda.

Nota :

• Caj Wakalah terdahulu adalah untuk sijil-sijil dengan tempoh selama 20 tahun atau lebih. Bagi sijil-sijil dengan tempoh kurang dari 20 tahun, caj akan dikurangkan sewajarnya. Sila rujuk kepada ilustrasi pelan untuk maklumat yang lebih terperinci.

• Perlindungan takaful datang daripada Tabarru’ (derma) yang kami masukkan ke dalam Dana Tabarru’. Sebarang lebihan daripada Dana Tabarru’ akan dikembalikan kepada anda setelah kami mengasingkan satu jumlah sebagai rizab luar jangka.
 

 
Bagaimanakah perkongsian Keuntungan Pelaburan ke atas Prinsip-Prinsip Mudharabah dilaksanakan?
Mudharabah membolehkan anda berkongsi sebarang keuntungan pelaburan daripada akaun anda dan dana Tabarru’. Anda akan menerima 80% daripada keuntungan tersebut manakala kami menerima 20% daripada keuntungan yang sama. Keuntungan anda akan dimasukkan semula ke dalam akaun anda dan dana Tabarru’.

 
Bagaimanakah PruBSN Ummah boleh membantu anda di samping simpanan Tabung Haji anda?
PruBSN Ummah bukanlah pengganti bagi akaun Tabung Haji anda. Ia merupakan pelengkap kepada simpanan Tabung Haji anda dengan menyediakan simpanan dan perlindungan takaful tambahan.

 
Manfaat-manfaat PruBSN Ummah
Bonus loyalti :

Ini adalah manfaat yang diberikan kepada anda kerana menjadi pelanggan setia kami. Ia akan diberikan kepada anda setelah tempoh takaful anda tamat. Selain itu, bonus anda akan dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal dan meyeluruh sebagai tambahan kepada manfaat-manfaat takaful anda yang lain.

Bagi memastikan ketenangan semasa anda menunaikan Haji, anda juga akan diberikan elaun Haji, yang merupakan sebahagian daripada bonus loyalti. Elaun ini adalah tambahan bagi menampung perbelanjaan anda. Anda juga boleh menggunakannya untuk memastikan keperluan kewangan keluarga anda di rumah dijaga semasa anda menunaikan kewajipan anda di Mekah.

*Bonus loyalti adalah manfaat tidak dijamin dan tertakluk kepada terma dan syarat. Terdapat tempoh menunggu selama 5 tahun sebelum anda layak menerima manfaat tersebut.
 

Pengeluaran simpanan untuk Haji atau Umrah :
Anda boleh mengeluarkan sebahagian daripada simpanan akaun anda sebagai tambahan untuk keperluan perjalanan Haji atau Umrah, tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
• Pengeluaran hanya boleh dilakukan sekali untuk Umrah dan sekali untuk Haji sepanjang tempoh sijil.
• Pengeluaran hanya boleh dibuat selepas tahun ke-5 tempoh sijil.
• Setiap pengeluaran hendaklah sekurang-kurangnya bernilai RM500 dan tidak lebih 70% daripada baki akaun anda sebelum pengeluaran dibuat.
• Baki akaun anda hendaklah bernilai sekurang-kurangnya RM2,000 selepas pengeluaran dilakukan.


 
Perlindungan PruBSN Ummah
Kematian dan Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) :

Selepas kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh, anda atau penama anda akan menerima nilai tunai yang setara dengan perlindungan anda iaitu, jumlah manfaat takaful.

Selain itu, keluarga anda akan menerima wang tunai tambahan RM2,000 sebagai manfaat khairat kematian selepas kematian anda yang boleh digunakan untuk perbelanjaan pengebumian dan yang berkaitan.

Gandakan Manfaat Takaful anda semasa menunaikan Haji atau Umrah :
Anda akan menerima perlindungan berganda iaitu jumlah manfaat takaful, sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh (TPD) semasa menunaikan Haji atau Umrah.

*Tempoh menunggu selama 3 tahun dikenakan.

Badal Haji :
Sekiranya anda meninggal dunia atau disahkan hilang upaya kekal dan menyeluruh sebelum anda berpeluang menunaikan Haji, kami akan memastikan kewajipan Haji anda ditunaikan dengan membayar
penama yang dilantik oleh anda atau pihak ketiga untuk menunaikan Badal Haji untuk anda.


Manfaat Penyakit Kritikal :
Kami akan memberikan sebahagian daripada jumlah perlindungan asas anda sebagai bantuan kewangan sekiranya anda dikenalpasti menghidap penyakit kritikal yang dilindungi.

Tambahan lagi, kami juga akan memastikan bahawa perlindungan dan simpanan anda dalam pelan ini akan berterusan kerana sumbangan takaful akan dibayar secara berterusan untuk anda.

Perlindungan ini adalah satu pilihan sumbangan tambahan bagi pelan ini.

Penulisan Wasiat Islam :
Kami akan mengaturkan untuk anda perkhidmatan Penulisan Wasiat Islam yang diuruskan oleh Amanah Raya Berhad. Perkhidmatan ini adalah satu pilihan.


 
Penyakit-penyakit Kritikal
36 Penyakit Kritikal yang dilindungi :

1. Serangan jantung
2. Penggantian injap jantung
3. Anemia aplasia
4. Trauma kepala yang teruk
5. Pembedahan aorta
6. Distrofi otot
7. Strok
8. Penyakit Alzheimer
9. Poliomielitis
10. Kanser
11. Pekak
12. Meningitis bakteria
13. Kegagalan buah pinggang
14. Hilang daya pertuturan
15. Tumor otak tidak berbahaya
16. Lumpuh
17. Luka terbakar yang teruk
18. Ensefalitis
19. Pemindahan organ utama
20. Penyakit yang boleh membawa maut
22. AIDS yang menyeluruh
23. Skelorisis berbilang
24. AIDS disebabkan oleh pemindahan darah
25. Sindrom Appalic
26. Hepatitis virus fulminan
27. Penyakit neuron motor
28. Pembedahan otak
29. Kehilangan anggotaanggota badan
30. Penyakit Parkinson
31. Penyakit-penyakit arteri koronari serius yang lain
32. Koma Penyakit hati kronik
33. Penyakit arteri koronari yang memerlukan pembedahan
34. Buta
35. Penyakit paru-paru kronik
36. Hipertensi arteri pulmonari utama
 


Nota-Nota Penting :

• Risalah ini bukan merupakan satu kontrak di antara anda dan Prudential BSN Takaful Berhad. Sila rujuk kepada dokumen-dokumen sijil untuk maklumat terperinci.

• Risalah ini diterbitkan hanya untuk maklumat dan tidak berkaitan dengan matlamatmatlamat kewangan, situasi dan keperluan individu tertentu.

• Pulangan daripada akaun anda akan ditentukan berdasarkan prestasi sebenar akaun tersebut dan tidak dijamin.

• Risiko pelaburan akaun anda akan ditanggung sepenuhnya oleh anda dan, manfaatmanfaatnya mungkin kurang daripada jumlah sumbangan yang dimasukkan ke dalam akaun.

• Anda hendaklah terus membayar sumbangan anda secara tetap sehingga penghujung tempoh perlindungan anda untuk memastikan anda dilindungi sepenuhnya di bawah pelan ini pada setiap masa. Kegagalan membuat pembayaran ini mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

• Sebarang pengeluaran separa yang dibuat daripada akaun anda akan mengurangkan baki dana. Ini boleh menyebabkan baki dana tersebut tidak mencukupi untuk membayar potongan Tabarru’ dan caj-caj lain, dan mungkin menyebabkan perlindungan anda tamat sebelum masanya.

• Anda berhak untuk mendapat pelepasan cukai individu terhadap sumbangan anda sehingga RM6,000 setahun apabila anda menyertai pelan ini, tertakluk kepada terma dan syarat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

• PruBSN Ummah tidak menyediakan sebarang jumlah manfaat daripada Dana Tabarru’ pada penamatan, tamat tempoh atau kematangan sijil.

• Pelan ini boleh dibatalkan melalui permohonan bertulis kepada kami dalam tempoh lima belas (15) hari dari tarikh penghantaran dokumen-dokumen sijil, yang mana kami akan membayar balik sumbangan yang diterima daripada anda selepas ditolak sebarang caj perubatan yang dikenakan semasa membuat penilaian risiko di bawah sijil.

• Mengambil bahagian di dalam pelan takaful keluarga adalah satu komitmen jangka panjang. Penamatan awal sijil selalunya melibatkan kos-kos yang tinggi dan nilai serahan yang akan dibayar kepada anda mungkin kurang daripada jumlah sumbangan keseluruhan yang telah anda bayar.

• Pemberian bonus loyalti adalah tidak dijamin. Ia dibayar semata-mata atas budi bicara PruBSN dan tertakluk kepada terma dan syarat yang perlu dipenuhi oleh peserta sebelum mereka layak untuk menerimanya.


 
PENGECUALIAN
PruBSN Ummah tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda :

• Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri dalam tempoh satu tahun dari tarikh permulaan perlindungan.

• Jika berlaku kehilangan nyawa akibat bunuh diri semasa Haji atau Umrah bagi tujuan mendapatkan manfaat Takaful berganda.

• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku akibat percubaan membunuh diri dan mencederakan diri sendiri.

• Jika hilang upaya kekal dan menyeluruh berlaku kerana anda terlibat di dalam aktiviti udara berbahaya (termasuk payung terjun dan penerjunan udara) melainkan anda adalah sebahagian daripada anak kapal atau penumpang yang membayar di dalam pesawat komersial berlesen yang beroperasi pada laluan biasa dan ditetapkan.

• Jika anda tidak mendedahkan maklumat penting seperti sebarang penyakit yang telah anda hidapi sebelum ini dan sebagainya semasa anda memohon pelan ini.
 


Perlindungan Crisis Shield dan Contributor tidak melindungi situasi-situasi berikut. Sekiranya salah satu daripada situasi berikut berlaku, manfaat-manfaat yang ditawarkan di bawah pelan ini tidak akan dibayar kepada anda :

• Jika tanda-tanda penyakit kritikal adalah ketara dalam tempoh yang dinyatakan dari tarikh permulaan sijil4.
- 60 hari bagi serangan jantung, penyakit jantung arteri koronari yang memerlukan pembedahan, kanser atau penyakit-penyakit jantung arteri koronari serius lain.
- 30 hari bagi mana-mana penyakit kritikal lain.

• Jika penyakit kritikal tersebut merebak daripada keadaan yang telah pun wujud sebelum ini.

• Jika penyakit kritikal tersebut disebabkan secara langsung atau tidak secara langsung daripada AIDS yang diperoleh atau sebarang jangkitan HIV, kecuali bagi AIDS yang menyeluruh atau disebabkan oleh pemindahan darah.

*Tertakluk pada terma dan syarat. Sila rujuk kepada dokumen sijil untuk maklumat lanjut.