Jika anda meninggal dunia pada esok hari:
1. Bagaimana dgn pengurusan pengebumian jenazah anda?
2. Bagaimana dgn masa depan isteri @ suami dan anak2 anda?
3. Bagaimanakah dgn hutang2 yg masih ada (rumah, kereta, kad kredit, PTPTN, yuran pembelajaran anak2, wang belanja keluarga)?
Jika anda dimasukkan ke hospital:
1. Bagaimana dgn bil2 hospital yg mahal?2. Bagaimana dengan kos pembedahan yang terlalu tinggi?
3. Anda ingin mendapat rawatan di Hospital Kerajaan @ Swasta?
4. Perlukah anda menjual harta2 anda untuk membayar kos rawatan sedangkan anda boleh dilindungi serendah RM50,000?
Tahukah anda hanya dengan membayar serendah RM130 sebulan, basically:
1. Dividen tahunan setinggi 9-13%.
2. Waris anda akan mendapat pampasan RM40,000* selepas kematian anda.
3. Anda akan dilindungi utk bayaran bil kemalangan RM1,000* serta merta.
4. Mendapat pampasan RM20,000* jika hilang upaya kekal selepas kemalangan.
5. Memiliki Medical Card sebanyak RM500,000* utk kos rawatan di Hospital Panel.
6. Mendapat pampasan RM20,000* jika menghidapi antara 36 penyakit kronik dan pihak Takaful akan menyambung membayar caruman anda sehingga tempoh matang.
7. Hospital Benefit akan dibayar mengikut hari @ RM300* x hari.
8. Pelaburan simpanan yang tinggi (dividen 9-13%).
*semua jumlah wang adalah berdasarkan atas caruman bulanan anda, semakin tinggi wang yg anda laburkan semakin tinggi & lebih banyak kelebihan akan anda perolehi. HARAP MAKLUM !
Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang kaya. Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila meninggal :
1. Tabung perbelanjaan pengebumian, bil2 hospital dan perundangan.
2. Tabung pelupusan hutang piutang.
3. Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris.
4. Tabung untuk pinjaman perumahan.
5. Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah ).
6. Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak.
7. Tabung pendidikan anak.
Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal. Dengan izin Tuhan maka terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun dipindahkan ke syarikat insurans. Dengan peredaran masa timbul pula risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital. Inilah peranan insurans, alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia. Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor2 lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal mengambil insurans tersebut. Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.
Dengan bayaran minimum RM 130 sebulan, anda akan memiliki MEDICAL CARD PRUBSN TAKAFUL yang menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup. Medical Card ini adalah PERTAMA dalam industri Takaful & Pengendali No. 1 dalam Industri Takaful dengan Pelan Perlindungan, Perubatan @ Kad Perubatan. Anda akan memperolehi :
1. PERLINDUNGAN (Penyakit Kritikal & Elaun Hospital).
2. PAMPASAN KEMATIAN ( + Jumlah Simpanan).
3. SIMPANAN / PELABURAN (INVESTMENT LINK).
4. PREMIUM PERCUMA / POLISI F.O.C & Auto-Saving.
JIKA ANDA MEMPUNYAI LEBIHAN WANG GAJI BULANAN SEKITAR RM200, anda perlu memikirkan perkara ini jika anda sayang pada diri anda sendiri serta keluarga anda. Dan jika anda bukan seorang yg menyimpan duit gaji anda, inilah caranya anda menyimpan dgn jumlah yg sedikit tetapi mendapat keuntungan dan perlindungan yg benar2 terjamin. Perlu khidmat nasihat lanjut? Saya disini utk mbantu menerangkan perlindungan yg akan anda miliki megikut kehendak anda melalui perbincangan sebelum perjanjian dilakukan. Saya akan mbantu anda memberi perlindungan yg terbaik berdasarkan kemampuan kewangan anda tanpa sebarang paksaan. Hanya mereka yg benar2 saya yakin utk dilindungi akan saya tawarkan perkhidmatan ini. Menyedari kepentingan kita semua perlu mendapat perlindungan, saya berkorban masa dan tenaga saya dgn menjadi ejen di Prudential BSN Takaful (Syarikat Takaful terbaik di Malaysia) dan sedia membantu utk menjadi ejen anda yg jujur & boleh dipercayai. Saya akan mempastikan menjaga kebajikan anda dan berusaha sedaya upaya melakukan yg terbaik dgn mempastikan waris anda mendapat hak yg sepatutnya setelah anda meninggal dunia, insya Allah.
Aplikasi:
Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.
Perbezaan takaful & insurans konvensional:
Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:
"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".
Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?:
Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.
Persoalan yg sering ditanya:
1. APA PERLU SAYA MENGAMBIL TAKAFUL?
2. APAKAH KEUNTUNGAN @ KEBAIKANNYA?
Saya tidak akan terperanjat atau terkejut apabila soalan ini ditanya kerana masyarakat masih lagi tidak faham akan fungsi takaful. Mengapa dan atas dasar apa saya memilih menjadi ejen takaful adalah utk mbantu memberi kesedaran pada mereka di luar sana yg tidak tahu dan sedar risiko yg bakal mereka hadapi apabila berlakunya satu2 musibah. Apabila dikaitkan dgn takaful, mereka akan menyatakan pampasan yg diterima hanya akan diperolehi setelah kematiannya. Memang benar, tapi sedarkah anda yg takaful juga terlibat melindungi anda apabila anda menghadapi musibah seperti kemalangan atau memerlukan rawatan di hospital yg memerlukan kos yg tinggi? Saya tidak berniat mendoakan anda akan ditimpa musibah, tapi ini hanyalah pelan perlindungan bagi mengurangkan beban yg terpaksa ditanggung sekiranya musibah berlaku tanpa diduga. Sekurang2nya, anda telah bertindak bijak dengan menyediakan perlindungan buat diri anda sendiri. Bagi mereka yg masih ragu2 tentang kemungkinan riba' terlibat dalam sistem ini, biar saya jelaskan bahawa sistem takaful adalah mengikut pematuhan kepada hukum syarak kerana adanya Majlis Pengawasan Syariah yg terlibat mengawal perundangan dan sistem yg dijalankan dalam takaful dimana keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah (kontrak perkongsian yg mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada pihak yg lain, modal disini merupakan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman daripada peserta takaful dan usaha pula melibatkan pengemblengan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman dlm aktiviti2 pelaburan) atau Yuran Prestasi Pelaburan. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah dan ianya bebas daripada riba' (pertambahan atau menambahkan), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).
RIBA (pertambahan atau menambahkan):
Riba dalam bahasa Arab bermaksud 'pertambahan' atau 'menambahkan'. Sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tabari, riba yg biasa berjalan sewaktu zaman jahiliyah, antaranya adalah dalam bentuk jual beli secara hutang. Apabila sampai tempoh tamat dan pembeli tidak dapat membayar hutangnya, maka penjual akan memanjangkan tempoh dgn ditambah jumlah hutang yg mesti dibayar. Islam mengharamkan peminjaman wang utk tujuan mendapatkan keuntungan demi melindungi kepentingan golongan kurang berkemampuan. Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.
Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.
GHARAR (ketidakpastian):
Islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian yg dimeterai antara satu pihak yg membuat perjanjian mestilah jelas tentang perkara yg diakadkan itu. Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:
"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".
Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".
Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".
Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".
Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".
Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.
Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:
~ Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
~ Tidak diketahui kadar bayarannya.
~ Tidak diketahui bila masanya.
~ Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli.
Antara rukunnya ialah:
1. Penjual dan Pembeli
2. Aqad (Ijab dan Qabul)
3. Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)
Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi.
Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:
1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.
Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.
Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.
MAISIR (judi):
Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.
Maisir dalam kontrak insurans wujud bilamana:
1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.
Penyelesaian:
Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.
Takrif Tabarru'at:
Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.
Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.
Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.
Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.
Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.
Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini:
1. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
3. Takaful Nasional Sdn. Bhd. (www.takafulnasional.com.my)
4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my)
5. ETiQa Takaful (www.etiqa.com.my)
6. Commerce Takaful Berhad (www.commerce-takaful.com.my)
7. Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
8. MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)