Monday, June 28, 2010

Kad Perubatan Takaful

Kad Perubatan Takaful (contoh):



(klik pada gambar)



(klik pada gambar)

Prudential BSN Takaful merupakan Operator Takaful Pertama di Malaysia yang menawarkan Kad Perubatan berlandaskan syariah kepada para peserta takaful. Kad Perubatan ini direka khusus bagi membantu peserta menyelesaikan bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar Swasta. Lebih menarik lagi, Kad Perubatan ini adalah merupakan satu manfaat tambahan yang boleh di masukkan di dalam akaun Takafulink.


Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut:

1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup.

2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membayar bil dan membuat tuntutan kerana bayaran akan di buat terus kepada hospital.

3. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 tahun.

4. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.

5. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.

6. Rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.

7. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.

8. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).

9. Rawatan Dialisis Buah Pinggang.

10. Rawatan Kanser.

11. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)




Kad Perubatan ini mempunyai 5 pilihan pakej seperti berikut:




(klik pada gambar)



Ko-Takaful:

Kad perubatan ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (amaun yang tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan. Tetapi, duit bayaran ko-takaful itu anda akan perolehinya semula dari wang Elaun Hospital (Hospital Benefit) mengikut bilangan hari dan jumlah unit yang dilindungi. Ko-takaful ini diwujudkan bagi mempastikan peserta tidak sewenang-wenangnya untuk masuk ke wad dan menuntut wang dari pihak Takaful.

Contoh pengiraan Ko-Takaful adalah seperti berikut :

1. Kes 1:
• Jumlah Bil : RM2,000
• 10% daripada bil = RM200
• Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.


2. Kes 2:
• Jumlah Bil = RM8,000
• 10% daripada bil = RM800
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM800
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM7,200


3. Kes 3:
• Jumlah Bil = RM30,000
• 10% daripada bill = RM3,000
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM29,000




Tempoh menunggu:

Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut:


(klik pada gambar)


Penerangan:

1. Tarikh Kuatkuasa: Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2. Selepas 1 bulan: Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3. Selepas 3 bulan: Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan.

*sebagai maklumat anda, ada Hospital Panel yg mengenakan deposit.

4. Selepas 4 Bulan: Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.



Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.