Wednesday, June 30, 2010

Ayat 1000 Dinar



Maksud ayat :
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Ayat 2-3 : Surah At-Talaq)




Rasulullah SAW pernah berpesan kepada Saidina Ali:
"Sekiranya engkau bantu seorang dengan ikhlas, nescaya Allah akan membantu mu 10 kali ganda."


Sebarang pertanyaan, sila email ke:
FAIZTAKAFUL@YAHOO.COM

Monday, June 28, 2010

Apa Perlunya TAKAFUL ?

ANDA BUKAN SEKADAR MENYIMPAN, BAHKAN DILINDUNGI !

Jika anda meninggal dunia pada esok hari:

1. Bagaimana dgn pengurusan pengebumian jenazah anda?
2. Bagaimana dgn masa depan isteri @ suami dan anak2 anda?
3. Bagaimanakah dgn hutang2 yg masih ada (rumah, kereta, kad kredit, PTPTN, yuran pembelajaran anak2, wang belanja keluarga)?





Jika anda dimasukkan ke hospital:

1. Bagaimana dgn bil2 hospital yg mahal?
2. Bagaimana dengan kos pembedahan yang terlalu tinggi?
3. Anda ingin mendapat rawatan di Hospital Kerajaan @ Swasta?
4. Perlukah anda menjual harta2 anda untuk membayar kos rawatan sedangkan anda boleh dilindungi serendah RM50,000?



Tahukah anda hanya dengan membayar serendah RM130 sebulan, basically:

1. Dividen tahunan setinggi 9-13%.
2. Waris anda akan mendapat pampasan RM40,000* selepas kematian anda.
3. Anda akan dilindungi utk bayaran bil kemalangan RM1,000* serta merta.
4. Mendapat pampasan RM20,000* jika hilang upaya kekal selepas kemalangan.
5. Memiliki Medical Card sebanyak RM500,000* utk kos rawatan di Hospital Panel.
6. Mendapat pampasan RM20,000* jika menghidapi antara 36 penyakit kronik dan pihak Takaful akan menyambung membayar caruman anda sehingga tempoh matang.
7. Hospital Benefit akan dibayar mengikut hari @ RM300* x hari.
8. Pelaburan simpanan yang tinggi (dividen 9-13%).

*semua jumlah wang adalah berdasarkan atas caruman bulanan anda, semakin tinggi wang yg anda laburkan semakin tinggi & lebih banyak kelebihan akan anda perolehi. HARAP MAKLUM !



Mengapa seseorang individu itu memerlukan insurans dilihat pada beberapa aspek. Insurans merupakan satu alat kewangan yang diwujudkan untuk memenuhi keperluan sosial dan kewangan manusia baik yang miskin atau pun yang kaya. Semua orang berusaha keras mengumpul aset dengan harapan bahawa suatu masa nanti ianya boleh digunakan bila diperlukan kelak. Namun harapan ini boleh digugat oleh 7 keperluan tunai bila meninggal :

1. Tabung perbelanjaan pengebumian, bil2 hospital dan perundangan.
2. Tabung pelupusan hutang piutang.
3. Tabung keperluan kecemasan untuk pewaris.
4. Tabung untuk pinjaman perumahan.
5. Tabung untuk sewa rumah ( kalau tiada rumah ).
6. Tabung pembiayaan perbelanjaan / penjagaan anak.
7. Tabung pendidikan anak.

Keperluan tunai ini mesti dibayar oleh seseorang sama ada si mati atau keluarganya. Kita tidak dapat lari daripada hakikat ini. Masalahnya ialah bagaimana menyediakan keperluan tunai sebegini untuk keluarga. Terutamanya jika nak hidup dari sebulan ke sebulan pun susah. Sudahlah masa hidup terkial-kial nak kumpul wang, inikan pula sudah meninggal. Dengan izin Tuhan maka terciptalah satu kontrak dimana satu syarikat sanggup mengambil risiko berkenaan dan membayar sejumlah wang tunai dengan syarat orang yang memohon itu sanggup membayar sedikit wang. Legalah kita kerana risiko dan kebimbangan kita sudah pun dipindahkan ke syarikat insurans. Dengan peredaran masa timbul pula risiko kewangan yang baru di zaman moden iaitu macam mana nak bayar bil rawatan kalau terkena penyakit-penyakit kritikal atau terpaksa tinggal dihospital. Inilah peranan insurans, alat kewangan paling canggih dan tertua pernah dicipta manusia. Jenis program insurans yang sesuai pula bergantung kepada faktor2 lain dan isu ini memerlukan pengetahuan tentang profil orang yang bakal mengambil insurans tersebut. Jadi bertindaklah segera sebelum semua yang tidak diingini berlaku pada diri dan juga keluarga kita.

Dengan bayaran minimum RM 130 sebulan, anda akan memiliki MEDICAL CARD PRUBSN TAKAFUL yang menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup. Medical Card ini adalah PERTAMA dalam industri Takaful & Pengendali No. 1 dalam Industri Takaful dengan Pelan Perlindungan, Perubatan @ Kad Perubatan. Anda akan memperolehi :

1. PERLINDUNGAN (Penyakit Kritikal & Elaun Hospital).
2. PAMPASAN KEMATIAN ( + Jumlah Simpanan).
3. SIMPANAN / PELABURAN (INVESTMENT LINK).
4. PREMIUM PERCUMA / POLISI F.O.C & Auto-Saving.


JIKA ANDA MEMPUNYAI LEBIHAN WANG GAJI BULANAN SEKITAR RM200, anda perlu memikirkan perkara ini jika anda sayang pada diri anda sendiri serta keluarga anda. Dan jika anda bukan seorang yg menyimpan duit gaji anda, inilah caranya anda menyimpan dgn jumlah yg sedikit tetapi mendapat keuntungan dan perlindungan yg benar2 terjamin. Perlu khidmat nasihat lanjut? Saya disini utk mbantu menerangkan perlindungan yg akan anda miliki megikut kehendak anda melalui perbincangan sebelum perjanjian dilakukan. Saya akan mbantu anda memberi perlindungan yg terbaik berdasarkan kemampuan kewangan anda tanpa sebarang paksaan. Hanya mereka yg benar2 saya yakin utk dilindungi akan saya tawarkan perkhidmatan ini. Menyedari kepentingan kita semua perlu mendapat perlindungan, saya berkorban masa dan tenaga saya dgn menjadi ejen di Prudential BSN Takaful (Syarikat Takaful terbaik di Malaysia) dan sedia membantu utk menjadi ejen anda yg jujur & boleh dipercayai. Saya akan mempastikan menjaga kebajikan anda dan berusaha sedaya upaya melakukan yg terbaik dgn mempastikan waris anda mendapat hak yg sepatutnya setelah anda meninggal dunia, insya Allah.







Aplikasi:

Dalam perniagaan takaful, pemahaman dari maksud ini merupakan satu agenda penting. Ia diterapkan kepada semua peserta yang mengambil perlindungan takaful untuk berniat ikhlas bagi saling jamin-menjamin di kalangan mereka ketika ditimpa musibah. Secara amnya, objektif dalam industri takaful sebenarnya mempunyai persamaan dengan industri insurans konvensional. Kedua-duanya merupakan instrumen untuk membantu golongan yang tidak bernasib baik kerana ditimpa musibah. Secara jelasnya, kedua-dua instrumen ini merupakan satu cara yang moden untuk memindahkan risiko yang berlaku dan sudah menjadi kebiasaan, sesuatu ganjaran akan diberi kepada pihak yang sanggup menerima pemindahan risiko ini.

Perbezaan takaful & insurans konvensional:

Objektif insurans dapatlah diungkapkan sebagai golongan ramai yang bernasib baik membantu golongan yang tidak bernasib baik. Sememangnya objektif tersebut adalah diiktiraf oleh Islam. Al-Quran dalam surah al-Maaidah, ayat 2, secara terangnya turut menyatakan galakan oleh Allah kepada manusia untuk mengamalkan sikap tolong-menolong, bermaksud:

"Dan hendaklah kamu tolong menolong di atas perkara kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu tolong menolong di atas perkara dosa dan permusuhan".




Apa yang menjadi persoalannya ialah apakah ciri utama yang membezakan takaful dan insurans konvensional?:

Tanggal 15 Jun 1972 merupakan tarikh penting bermulanya pengumuman terhadap penerokaan dan kajian yang dibuat ke atas kontrak insurans konvensional. Pada tarikh tersebut, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan dalam persidangan yang kelimanya telah memutuskan iaitu insurans nyawa sebagaimana yang dijalankan oleh syarikat-syarikat insurans yang ada pada masa ini adalah suatu muamalah yang fasid (rosak/tidak sah) yang tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam dari segi aqadnya kerana mengandungi unsur-unsur gharar (tidak ketentuan), maisir (judi) dan riba.


Persoalan yg sering ditanya:

1. APA PERLU SAYA MENGAMBIL TAKAFUL?
2. APAKAH KEUNTUNGAN @ KEBAIKANNYA?

Saya tidak akan terperanjat atau terkejut apabila soalan ini ditanya kerana masyarakat masih lagi tidak faham akan fungsi takaful. Mengapa dan atas dasar apa saya memilih menjadi ejen takaful adalah utk mbantu memberi kesedaran pada mereka di luar sana yg tidak tahu dan sedar risiko yg bakal mereka hadapi apabila berlakunya satu2 musibah. Apabila dikaitkan dgn takaful, mereka akan menyatakan pampasan yg diterima hanya akan diperolehi setelah kematiannya. Memang benar, tapi sedarkah anda yg takaful juga terlibat melindungi anda apabila anda menghadapi musibah seperti kemalangan atau memerlukan rawatan di hospital yg memerlukan kos yg tinggi? Saya tidak berniat mendoakan anda akan ditimpa musibah, tapi ini hanyalah pelan perlindungan bagi mengurangkan beban yg terpaksa ditanggung sekiranya musibah berlaku tanpa diduga. Sekurang2nya, anda telah bertindak bijak dengan menyediakan perlindungan buat diri anda sendiri. Bagi mereka yg masih ragu2 tentang kemungkinan riba' terlibat dalam sistem ini, biar saya jelaskan bahawa sistem takaful adalah mengikut pematuhan kepada hukum syarak kerana adanya Majlis Pengawasan Syariah yg terlibat mengawal perundangan dan sistem yg dijalankan dalam takaful dimana keuntungan akan dikongsi bersama diantara pengendali takaful dan peserta berdasarkan kepada Mudharabah (kontrak perkongsian yg mana modal daripada satu pihak dan usaha daripada pihak yg lain, modal disini merupakan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman daripada peserta takaful dan usaha pula melibatkan pengemblengan sebahagian tertentu sumbangan atau caruman dlm aktiviti2 pelaburan) atau Yuran Prestasi Pelaburan. Kontrak urusniaga adalah berdasarkan akad tabarru', mudharabah dan wakalah dan ianya bebas daripada riba' (pertambahan atau menambahkan), gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi).

RIBA (pertambahan atau menambahkan):

Riba dalam bahasa Arab bermaksud 'pertambahan' atau 'menambahkan'. Sebagaimana yg diriwayatkan oleh Al-Tabari, riba yg biasa berjalan sewaktu zaman jahiliyah, antaranya adalah dalam bentuk jual beli secara hutang. Apabila sampai tempoh tamat dan pembeli tidak dapat membayar hutangnya, maka penjual akan memanjangkan tempoh dgn ditambah jumlah hutang yg mesti dibayar. Islam mengharamkan peminjaman wang utk tujuan mendapatkan keuntungan demi melindungi kepentingan golongan kurang berkemampuan. Unsur riba terdapat dalam urusniaga Pinjaman dari Polisi yang ditawarkan kepada peserta dalam produk Insurans Nyawa. Dalam sistem kemudahan pinjaman ini, Syarikat insurans akan mengenakan bayaran faedah kepada peserta yang membuat pinjaman. Jelas sekali bahawa bayaran faedah tersebut merupakan riba yang dilarang oleh Islam.

Elemen riba turut wujud dalam penjanaan keuntungan pelaburan dan insurans yang akan digunakan dalam pembayaran pampasan kepada pemegang polisi. Ini kerana dana-dana tabungan insurans, kebanyakannya dilaburkan dalam instrumen kewangan seperti bon dan juga saham yang kerap melibatkan syarikat-syarikat yang berurusniaga dengan kegiatan sistem perbankan konvensional.

GHARAR (ketidakpastian):

Islam telah mensyaratkan bahawa sesuatu akad atau perjanjian yg dimeterai antara satu pihak yg membuat perjanjian mestilah jelas tentang perkara yg diakadkan itu. Maksud al-Gharar ialah "ketidakpastian". Maksud ketidakpastian dalam urus niaga muamalah ialah:

"Terdapat sesuatu yang ingin disembunyikan oleh sebelah pihak dan boleh menimbulkan rasa ketidakadilan serta penganiayaan kepada pihak yang lain".

Menurut Ibn Rushd maksud al-Gharar ialah, "Kurangnya maklumat tentang keadaan barang (objek), wujud keraguan pada kewujudkan barang, kuantiti dan maklumat yang lengkap berhubung dengan harga. Ia turut berkait dengan masa untuk diserahkan barang terutamanya ketika wang sudah dibayar tetapi masa untuk diserahkan barang tidak diketahui".

Ibn Taimiyah pula menyatakan al-Gharar ialah, "Apabila satu pihak mengambil haknya dan satu pihak lagi tidak menerima apa yang sepatutnya dia dapat".

Al-Gharar ditakrifkan dalam Kitab Qalyubi wa Umairah menyatakan Mazhab Imam Al-Shafie mendefinasikan gharar sebagai "Satu (aqad) yang akibatnya tersembunyi daripada kita atau perkara di antara dua kemungkinan di mana yang paling kerap berlaku ialah yang paling ditakuti".

Prof Madya Dr. Saiful Azhar Rosly menyatakan, "Gharar yang dimaksudkan dalam perbahasan sah atau tidak sesuatu kontrak itu merujuk kepada risiko dan ketidakpastian yang berpunca daripada perbuatan manipulasi manusia mengakibatkan kemudaratan ke atas pihak yang dizalimi. Umpamanya dalam jual beli kereta terpakai, pembeli tidak diberitahu tentang keadaan sebenar kenderan tersebut. Setelah selesai perjanjian jual beli, gharar dalam objek jual beli itu boleh dijadikan alasan membatalkan kontrak. Ini kerana gharar itu terhasil daripada perbuatan zalim yang disengajakan".

Kontrak Insurans mengandungi unsur gharar kerana apabila tidak berlaku tuntutan, satu pihak (syarikat insurans) akan mendapat semua keuntungan (premium) sementara satu pihak lagi (peserta) tidak mendapat sebarang keuntungan. Keadaan ini bertepatan dengan definisi gharar oleh Ibn Taimiyah yang menerangkan gharar dalam kontrak berlaku apabila satu pihak mendapat keuntungan sementara sebelah pihak lagi tidak menerimanya.

Menurut laporan Badan Petugas Penubuhan Syarikat Insurans Secara Islam di Malaysia, adalah jelas di dalam kontrak insurans yang diamalkan sekarang mengandungi elemen gharar kerana Ma'kud Alaih (barang) tidak jelas, dan ia berkait dengan:

~ Tidak diketahui dengan jelas samada dapat atau tidak bayaran yang dijanjikan.
~ Tidak diketahui kadar bayarannya.
~ Tidak diketahui bila masanya.
~ Badan Petugas menyatakan kewujudan gharar dalam kontrak insurans kerana Kontrak Insurans adalah di atas "Dasar Jual Beli". Dalam Islam, jika sesuatu itu terlibat dengan muamalah jual beli maka ia mesti memenuhi rukun dan syarat jual beli.


Antara rukunnya ialah:

1. Penjual dan Pembeli
2. Aqad (Ijab dan Qabul)
3. Barang (Ma'kud Alaih/Subject Matter)

Apa yang menjadi persoalan sekarang ialah kewujudan ketidakpastian 'barang' dalam kontrak insurans kerana syarat barang yang telah ditetapkan oleh Syarak tidak dapat dipenuhi. Bagi Islam, syarat-syarat bagi setiap rukun-rukun tersebut adalah penting dan mesti dipenuhi.


Di antara syarat barang yang mesti dipenuhi ialah:

1. Barang tersebut dapat diserahkan dalam majlis akad.
2. Masa penyerahannya telah ditetapkan.
3. Barang tersebut telah ditentukan jenis dan kuantitinya.
4. Tempat untuk diserahkan barang telah ditentukan.
5. Bukan barang yang mengandungi unsur-unsur najis dan dilarang Syara'.

Seperti juga dengan pasangan yang ingin berkahwin. Mereka mestilah memenuhi rukun kahwin seperti adanya pengantin lelaki, perempuan, wali, 2 saksi lelaki yang adil dan ijab qabul. Tetapi jika salah satu rukun tersebut tidak dapat dipenuhi maka perkahwinan itu akan menjadi tidak sah. Namun ada pendapat yang menyatakan bahawa 'barang' dalam kontrak insurans adalah jelas kerana ia telah tercatat dalam kontrak dan akan diserahkan apabila terjadinya kemalangan. Lebih mengukuhkan lagi hujah tersebut ialah apabila mahkamah sendiri akan mendengar kes seumpama itu.

Kita mengakui pendapat ini dan kerana itulah dinyatakan perbezaan sebenar antara Takaful dan Insurans ialah dari segi "Keyakinan (Belief)". Cuba kita perhatikan, apakah bezanya pasangan yang berkahwin dengan pasangan yang tinggal bersama tanpa ikatan perkahwinan kecuali melalui kontrak yang dianggap sah oleh undang-undang sivil? Tentu sekali wujud perbezaan walaupun kontrak yang dibuat oleh pasangan tersebut adalah lengkap dengan segala hak antara kedua pasangan telah termaktub dan diditilkan dalam kontraknya, namun bagi Islam ia tetap tidak sah kerana berlawanan dengan Syarak.

MAISIR (judi):

Para ulama' menyatakan Maisir dan Gharar mempunyai kaitan yang amat rapat. Ini bererti jika sesuatu transaksi itu mengandungi unsur gharar maka dengan sendirinya unsur judi turut ada. Kaitan antara keduanya adalah terlalu rapat dan saling berkait.

Maisir dalam kontrak insurans wujud bilamana:

1. Peserta membayar premium yang kecil dengan mengharapkan wang yang lebih besar jumlahnya.
2. Peserta hilang wang premium apabila peristiwa ingin dilindungi (the insured event) tidak berlaku.
3. Syarikat akan rugi jika terpaksa membayar tuntutan yang melebihi jumlah premium yang diterima.



Penyelesaian:

Para ulamak telah sepakat memutuskan Takaful sebagai ganti kepada Insurans Konvensional. Dasar Tabarru'at menjadi teras utama yang membina paksi Takaful. Penggunaan dasar ini turut menyelamatkan pengurusan Takaful untuk seiring dengan keredhaan Syarak dalam soal Muamalah Islam. Dengan penggunaan Tabarru'at ini maka Takaful terselamat dari terkena unsur gharar dan maisir.

Takrif Tabarru'at:

Tabarru'at merupakan perkataan Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas. Dalam konteks perniagaan Takaful, setiap peserta yang ingin mendapatkan perlindungan Takaful mestilah hadir dengan niat yang ikhlas untuk menderma bagi membantu para peserta yang lain jika mereka menghadapi musibah. Dalam erti kata yang lebih tepat ialah, semua peserta tersebut bersetuju untuk saling membantu dikalangan mereka di atas niat yang sama.

Penegasan ini dapat dilihat dari fatwa oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi yang menegaskan insurans Islam boleh diadakan dengan syarat setiap peserta menderma di dalam satu tabung untuk membantu sesama mereka.

Hari ini, kebanyakan syarikat yang menjalankan Takaful adalah terlibat dengan dunia perniagaan. Oleh itu Tabarru'at yang bersyarat, diperkenalkan di mana setiap peserta yang ingin menyertai takaful mestilah menderma sesuai dengan risiko yang dibawanya. Syarikat terpaksa menetapkan kadar Tabarru'at kerana ingin memastikan Tabung Tabarru'at yang disertai oleh semua peserta tidak terjejas bagi memberi keadilan kepada semua pihak. Justeru itu, jika seseorang peserta membawa risiko yang besar maka kadar tabarru'at yang mesti disumbangkan mestilah sepadan dengan risiko tersebut.

Terdapat juga sesetengah pendapat yang merasakan penggunaan istilah Tabarru'at adalah tidak tepat kerana amalannya adalah berbeza dengan maksudnya yang bererti peserta tidak boleh disyaratkan jumlah pembayaran kerana ia adalah ikhlas semata-mata. Namun dengan operasi dan mekanisme yang digunakan dalam industri Takaful, diharapkan ia tidaklah dijadikan isu yang besar.

Penggunaan Tabarru'at yang menjadi dasar Takaful telah berjaya melahirkan satu Insurans Islam yang tidak bercanggah dengan Syarak. Unsur-unsur Gharar dan Maisir telah dapat dihapuskan dengan kewujudan dasar tersebut.


Berikut adalah senarai syarikat-syarikat pengendali takaful yang beroperasi di Malaysia pada hari ini:

1. Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad (www.hltmt.com.my)
2. Syarikat Takaful Malaysia Berhad (www.takaful-malaysia.com)
3. Takaful Nasional Sdn. Bhd. (www.takafulnasional.com.my)
4. Takaful Ikhlas Sdn. Bhd. (www.takaful-ikhlas.com.my)
5. ETiQa Takaful (www.etiqa.com.my)
6. Commerce Takaful Berhad (www.commerce-takaful.com.my)
7. Prudential BSN Takaful Berhad (www.prubsn.com.my)
8. MAA Takaful Berhad (www.maatakaful.com.my)

Apakah Maksud PruBSN Takaful ?



Prudential Holdings Ltd (PHL)
~ Penyedia insurans hayat dan pencen yang terunggul di UK
Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB).
~ Anak syarikat Prudential di Malaysia yang sudah bertapak lebih daripada 80 tahun.




Bank Simpanan Nasional (BSN)
~ Ditubuhkan pada 1974 di bawah akta Parlimen.
~ Dirasmikan pada 5 Disember 1974.
~ Badan berkanun di bawah Kementerian Kewangan.




Prudential BSN Takaful Berhad
~ Adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional.
~ Objektif adalah untuk menjalankan perniagaan Takaful.
~ Pengedaran produk Takaful diserahkan kepada agensi PAMB.




Demi Masa . . .

Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:

1. Sihat sebelum Sakit
2. Muda sebelum Tua
3. Kaya sebelum Miskin
4. Lapang sebelum Sempit
5. Hidup sebelum Mati










Kenapa perlunya insurans / takaful? Tanyalah pada diri anda sendiri:

1. Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?

2. Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?

3. Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?




Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?:

1. Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.

2. Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.

3. Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.

4. Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.

5. Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.

6. Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM500k – RM1.5 juta.










Frequently Asked Questios (FAQ):

Ruangan 'Soal-Jawab' ini diharapkan dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan-soalan yang biasa ditanya mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.


1. Apa dia Takafulink?


Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link).

Terbahagi kepada 3 komponen utama :
1. Perlindungan
2. Simpanan
3. Perubatan

Ketiga-tiga komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih (disebabkan ada elemen pelaburan). Namun begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi, anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance), atas dana-dana yang anda pilih.

Terdapat 3 dana utama :
1. Dana Ekuiti
2. Dana Urus
3. Dana Aman

Antara ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi. Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman. Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.

2. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?

Apabila nilai tunai telah mencecah RM2,000, lebihan selepas RM2,000 itu boleh dikeluarkan dgn meninggalkan baki RM1,000 didalam akaun. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.

3. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?

Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.

5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink?

Takafulink matang sehingga umur 80 tahun.


6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?

Salinan IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit card.

7. Bagaimanakah cara pembayaran sumbangan Takafulink?


Pembayaran sumbangan Takaful boleh di lakukan melalui kaedah berikut :

1. Kad Kredit.

2. Potongan terus dari akaun bank (Autodebit/Direct debit). Buat masa ini, autodebit boleh di lakukan melalui akaun :o Maybanko CIMB Banko RHB Banko Bank Simpanan Nasional.

3. Potongan Gaji melalui Biro Ankasa (Kakitangan Kerajaan).

4. Melalui internet – Maybank2u.

5. Pembayaran terus di kaunter-kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional.

6. Pembayaran di kaunter Prudential BSN Takaful secara tunai atau menggunakan cek.

8. Apakah kegunaan Kad Perubatan Takaful?

Kad perubatan takaful boleh di gunakan bagi membiayai kos rawatan hospital yang besar tanpa perlu membuat tuntutan (Cashless).

9. Adakah Kad Perubatan boleh di gunakan di mana-mana Hospital?

Kad Perubatan PruBSN Takaful hanya boleh di gunakan di hospital-hospital yang menjadi panel. Untuk hospital yang bukan panel atau hospital kerajaan, peserta perlu menyelesaikan bil terlebih dahulu dan membuat kemudian tuntutan secara manual (di uruskan oleh ejen).



Sekiranya terdapat soalan yang tiada dalam senarai FAQ ini, anda boleh emailkan soalan tersebut ke : FAIZTAKAFUL@YAHOO.COM




Pelan 3 dalam 1:

Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan. Ia direka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.

Berikut adalah ilustrasi ringkas bagi menerangkan tentang pelan ini:




(klik pada gambar)




Pelan Takafulink menyediakan banyak manfaat dalam 1 polisi:



(klik pada gambar)

Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas...

1. Kematian
• Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
• Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
• Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.

2. Lumpuh Kekal Keseluruhan (TPD)
• Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
• Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
• Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan.

3. Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal (Crisis Shield)
• Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
• Kos rawatan akan ditanggung oleh Kad Perubatan (rujuk manfaat kad perubatan)
• Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
• Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
• Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
• Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.

4. Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal (Crisis Cover Income)
• Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
• Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.

5. Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
• Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).

• Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
• Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
• Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.

6. Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan (Accident Medical Reimbursement)
• Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
• Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Kad Perubatan untuk rawatan akibat kemalangan.

7. Pampasan Mingguan (Weekly Indemnity)
• Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
• Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
• 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).

8. Kad Perubatan (Medical Card)
• Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
• Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
• Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
• Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.

9. Medical Cover
• Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
• Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
• Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
• Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
• Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
• 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
• Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :

Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500

• Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun



10. Elaun Hospital (Hospital Benefit)
• Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
• Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = RM 400 sehari.
• Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
• Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
• Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
• Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
• Hospital - swasta atau kerajaan

11. Elaun Lumpuh (Disability Provider)
• Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
• Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.

12. Khairat Kematian
• Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.

13. Premium Percuma (Contributor Benefit)
• Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
• Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor

14. Parent Contributor (Takaful Cerdik)
• Sekiranya ibubapa peserta meninggal dunia atau mengalami Lumpuh Kekal Keseluruhan sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful pada hadapan (FOC). Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun.

15. Takaful Saver Contributor
• Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal.

16. Pulangan Pelaburan
• Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM1,000.
• Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
• Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.

17. Takaful Saver
• Takaful Saver membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit di dalam Akaun unit pelaburan (IUA).

18. Pelepasan Cukai
• Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF sehingga RM6,000.
• Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.

Kad Perubatan Takaful

Kad Perubatan Takaful (contoh):



(klik pada gambar)



(klik pada gambar)

Prudential BSN Takaful merupakan Operator Takaful Pertama di Malaysia yang menawarkan Kad Perubatan berlandaskan syariah kepada para peserta takaful. Kad Perubatan ini direka khusus bagi membantu peserta menyelesaikan bil-bil hospital yang tinggi terutamanya di hospital Pakar Swasta. Lebih menarik lagi, Kad Perubatan ini adalah merupakan satu manfaat tambahan yang boleh di masukkan di dalam akaun Takafulink.


Secara asasnya, Kad Perubatan ini menyediakan manfaat seperti berikut:

1. Menyediakan dana bagi membiayai kos rawatan hospital antara RM500,000 sehingga RM1.5 juta seumur hidup.

2. Perkhidmatan bayaran bil secara Online di lebih daripada 60 Hospital Pakar yang menjadi panel. Peserta tidak perlu membayar bil dan membuat tuntutan kerana bayaran akan di buat terus kepada hospital.

3. Tiada tarikh luput dan boleh di gunakan sehingga umur peserta 70 tahun.

4. Kebebasan memilih hospital dan doktor pakar.

5. Khidmat bantuan perubatan antarabangsa 24 Jam.

6. Rawatan 30 hari sebelum dan 90 hari selepas keluar wad.

7. Rawatan pesakit luar bagi kecederaan akibat kemalangan.

8. Membiyai kos pembedahan balik hari (Day Surgery).

9. Rawatan Dialisis Buah Pinggang.

10. Rawatan Kanser.

11. Jaminan tiada pembatalan portfolio (Non-Cancellable)




Kad Perubatan ini mempunyai 5 pilihan pakej seperti berikut:




(klik pada gambar)



Ko-Takaful:

Kad perubatan ini mensyaratkan peserta membayar ko-takaful (amaun yang tidak boleh di tuntut) sebanyak 10% daripada bil tertakluk kepada Minima RM300 dan Maksima RM1,000. Bagi manfaat bilik dan penginapan, tiada ko-takaful di kenakan. Tetapi, duit bayaran ko-takaful itu anda akan perolehinya semula dari wang Elaun Hospital (Hospital Benefit) mengikut bilangan hari dan jumlah unit yang dilindungi. Ko-takaful ini diwujudkan bagi mempastikan peserta tidak sewenang-wenangnya untuk masuk ke wad dan menuntut wang dari pihak Takaful.

Contoh pengiraan Ko-Takaful adalah seperti berikut :

1. Kes 1:
• Jumlah Bil : RM2,000
• 10% daripada bil = RM200
• Oleh kerana minimum ko-takaful adalah RM300, maka peserta perlu membayar RM300 dan PruBSN membiayai selebihnya iaitu RM1,700.


2. Kes 2:
• Jumlah Bil = RM8,000
• 10% daripada bil = RM800
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM800
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM7,200


3. Kes 3:
• Jumlah Bil = RM30,000
• 10% daripada bill = RM3,000
• Ko-takaful yang perlu di bayar oleh peserta = RM1,000
• Amaun yang di bayar oleh PruBSN = RM29,000




Tempoh menunggu:

Jika anda baru sahaja menerima sijil Takafulink beserta Kad Perubatan, anda telah di lindungi daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan. Namun bagi penyakit-penyakit biasa dan beberapa penyakit tertentu, anda perlu menunggu untuk beberapa tempoh masa tertentu sebelum mendapat perlindungan sepenuhnya. Sila rujuk rajah berikut:


(klik pada gambar)


Penerangan:

1. Tarikh Kuatkuasa: Melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat kemalangan sahaja.

2. Selepas 1 bulan: Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit biasa kecuali penyakit-penyakit spesifik. Kos rawatan perlu di bayar dahulu dan tuntutan secara manual perlu di buat.

3. Selepas 3 bulan: Kad boleh di gunakan di Hospital Panel bagi kemasukan ke wad Tanpa Deposit dan Tanpa perlu membuat tuntutan.

*sebagai maklumat anda, ada Hospital Panel yg mengenakan deposit.

4. Selepas 4 Bulan: Mula melindungi peserta daripada kos rawatan hospital akibat penyakit-penyakit spesifik.



Secara ringkas, Kad ini tidak memberi perlindungan penuh secara serta-merta. Oleh itu, jika anda fikir kad ini dapat membantu di masa-masa kecemasan, jangan bertangguh lagi untuk mendapatkannya kerana kita tidak tahu bila sebenarnya ia akan di perlukan.





Senarai 36 Penyakit Kritikal

Penyakit Kritikal bermaksud mana-mana 36 penyakit seperti yang telah di tetapkan dan memenuhi tahap/kriteria seperi mana yang di terangkan di dalam polisi.

Senarai 36 penyakit kritikal adalah:

1. Serangan Jantung
2. Penyakit Koronari Arteri yang memerlukan pembedahan
3. Strok
4. Kanser
5. Kegagalan Ginjal (Buah Pinggang)
6. Penyakit Lumpuh
7. Pemindahan Organ Utama
8. Sklerosis Pelbagai/Berbilang
9. Hepatiti Virus Fulminan
10. Hipertensi Arteri Pulmonari Utama
11. Koma
12. Buta
13. Penggantian Injap Jantung
14. Pembedahan Aorta
15. Penyakit Alzheimer
16. Hilang Pendengaran / Pekak
17. Hilang Kebolehan Bertutur
18. Kebakaran Parah
19. Penyakit Membawa Maut
20. AIDS Akibat Transfusi Darah
21. Penyakit Motor Neuron
22. Penyakit Parkinson
23. Penyakit Hati Yang Kronik
24. Penyakit Paru-Paru Kronik
25. Anemia Aplastik
26. Distrofi Otot
27. Poliomielitis
28. Meningitis Bakteria
29. Tumor Otak Benigna
30. Ensefalitis
31. Full Blown AIDS
32. Lain-Lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius
33. Pembedahan Otak
34. Sindrom Apalik
35. Trauma Kepala Utama
36. Kehilangan Tangan Atau Kaki

Untuk penerangan lebih lanjut tentang definasi tahap kritikal bagi setiap penyakit, anda boleh merujuk dokumen polisi atau menghubungi saya.


Hospital Panel

Senarai Hospital Panel (Hospital Pakar) Prudential BSN Takaful:

Kuala Lumpur / Selangor

Prince Court Medical Centre
39, Jalan Kia Peng
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Hotline: +603 2160 0000
Fax: +603 2160 0010

KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL (Fomerly known as Selangor Medical Center)
Lot 1, Jalan Singa 20/1, Section 20,
40300 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : (03) 5543 1111
Fax : (603) 5543 1722 / 5543 2222

Pantai Cheras Medical Centre
1 Jalan, 1/96A, Taman Cheras Makmur , 56100 Kuala Lumpur
Tel : 03-9132 2022
Fax : 03-9132 0732

Sentosa Medical Centre
36, Jalan Chemur, Kompleks Damai, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-4043 7166
Fax : 03-4043 7661

Pantai Indah Medical Centre
Jalan Perubatan 1 , Pandan Indah , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-4289 2828
Fax : 03-4289 2829

Tung Shin Hospital
102, Jalan Pudu , 55100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2072 1655
Fax : 03- 2070 0345

Hospital Pusrawi Sdn Bhd
Lot 149, Jalan Tun razak, 50400 Kuala Lumpur
Tel : 03-2687 5000
Fax : 03- 2687 5016

Assunta Hospital
Jalan Templer, 46900 Petaling Jaya , Selangor
Tel : 03-7680 7000/03 -7781 6902
Fax : 03-7781 4933

Gleneagles Hospital Kuala Lumpur
282 & 286 Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-4255 2707
Fax : 03-4255 2711

Subang Jaya Medical Centre
1, Jalan SS12/1A, 47500 Subang Jaya, Selangor
Tel : 03-56341212
Fax : 03-5630 6075

Sri Kota Medical Centre
Jalan Mohet , 41000 Klang , Selangor
Tel : 03-33733636
Fax : 03-3376 3888

KPJ Kajang Specialist Hospital
(formerly known as SentosaMedical Centre Kajang)
Batu 14, Jalan Cheras , 43000 Kajang , Selangor
Tel : 03-8769 2999
Fax : 03-8769 2808

Sunway Medical Center
No5, Jln Lagoon Selatan, Bandar Sunway,
46150, Petaling Jaya, Selangor.
Tel : 03-7491 9191
Fax : 03-7491 0242

Ampang Puteri Specialist Hospital
No.1, Jalan Mamanda 9, Taman Dato'Ahmad Razali,
68000, Ampang, Selangor
Tel : 03-4270 2500
Fax :03-4270 2443

Tawakal Hospital
202-A Jalan Pahang,
53000 Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3599
Fax : 03-4022 8063

Damansara Specialist Hospital
No. 119 Jalan SS 20/10, 47400 Petaling Jaya, Selangor
Tel : 03-7722 2692
Fax : 03-4270 2443

Pantai Medical Centre 8, Jalan Bukit Pantai,
59100 Kuala Lumpur
Tel : 03-2296 0888
Fax : 03-22960832

Johor

Medical Specialist Hospital
Wisma Maria, Jalan Ngee Heng , 80100 Johor Bharu , Johor
Tel : 07-224 3888
Fax : 07-223 6785

Pusat Pakar Kluang Utama
No. 1, Susur 1, Jalan Beasr, 86000 Kluang, Johor
Tel : 07-771 8999
Fax : 07-772 8999

Putra Specialist Hospital (Batu Pahat)
(formerly known as The SouthernHospital, Batu Pahat)
No 1, Jln Peserai, 83000, Batu Pahat, Johor
Tel : 07-413 3333
Fax : 07-413 3346

Johor Specialist Hospital
39-B Jalan Abdul Samad, 80100, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2253000
Fax : 07-2248213

Puteri Specialist Center 33,
Jalan Tun Razak (Susur 5), 80000, Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2233377
Fax : 07-2238833

Hospital Pantai Batu Pahat
9S, Jalan Bintang Satu, Taman Koperasi Bahagia, 83000 Batu Pahat, Johor
Tel : 07-433 8811
Fax : 07-433 1

Melaka

Putra Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd
(formerly known as TheSouthern Hospital, Melaka)
169, Jalan Bendahara , 75100 Melaka
Tel : 06-283 5888
Fax : 06-281 0518

Hospital Pantai Ayer Keroh 2418-1,
KM 8, Lebuh Ayer Keroh , 75450 Melaka
Tel : 06-231 9999
Fax : 06-231 3299

Mahkota Medical Centre
3,Mahkota Melaka, Jalan Merdeka , 75000 Melaka
Tel : 06-281 3333

Negeri Sembilan

Columbia Asia Medical Centre,
S'ban 292, Jalan Haruan 2, Oakland Commercial Centre,
70300 Seremban, Negeri Sembilan
Tel : 06-601 1988
Fax : 06-601 1848

N.S Chinese Maternity Medical Centre
Jalan Tun Dr Ismail, 70200 Seremban , Negeri Sembilan.
Tel : 06-762 2104
Fax : 06-763 0407

Nilai Cancer Institute PT 13747,
Jalan BBN 2/1 , 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Tel : 06-850 0999
Fax : 06-850 0733

Seremban Specialist Hospital
Lot PT 6219 & PT 6220, Jln Tioman 1, Kemayan Square,
70200 Seremban, N Sembilan
Tel : 06-7677800
Fax : 06-7675900

Senawang Specialist Hospital
No. 234-243, Jalan Lavendar Heights 2,
Lavender Business Square,
70450 Senawang , Negeri Sembilan
Tel : 06 6751188

Perak

Pantai Putri, Ipoh
126, Jalan Tambun,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5484333
Fax : 05-5458168

Apollo Medical Centre
271, Jalan Taming Sari,
34000 Taiping, Perak
Tel : 05-8056000
Fax : 05-8076000

Fatimah Hospital
1, Leboh Chew Peng Loon, Ipoh Gardens,
31400 Ipoh, Perak
Tel : 05-5455777
Fax : 05-5499237

Ipoh Specialist Hospital
26, Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh, Perak
Tel : 05-241 8777
Fax : 05-254 1888

Penang

Bagan Specialist Centre
Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth
Tel : 04-3322800
Fax : 04-3312806

Pantai Mutiara Hospital
82, Jalan Tengah, Bayan Baru,
11900 Bayan Lepas, Penang.
Tel : 04-643 3888

Gleneagles Medical Centre
1, Jalan Pangkor, 10050 Pulau Pinang
Tel : 04-2276111
Fax : 04-2262994

Penang Adventist Hospital
465, Jalan Burmah, 10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2227200
Fax : 04-2278512

Lam Wah Ee Hospital
141, Jalan Tan Sri The Ewe Lim,
16000 Pulau Pinang
Tel : 04-6571888 Fax : 04-6570940

Tanjung Medical Centre
473, Jalan Burmah,
10350 Pulau Pinang
Tel : 04-2262323
Fax: 04-2299008

Hope Children Hospital (Sg Ara )
66 & 68, Jalan Dato Ismail Hashim, Sg Ara,
11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tel : 04-644 7557 / 04-644 1557
Fax : 04-646 1559

Hope Children Hospital (FARLIM)
26,26A,28 & 28A, Lintang Paya Terubong 3,
11060 Pulau Pinang
Tel : 04-829 7926/ 04-826 6557
Fax : 04-829 7982

Loh Guan Lye Specialist Centre
19, Logan Road, 10400 Pulau Pinang
Tel : 04-2388888
Fax : 04-2388983

Island Hospital 308 Macalister Road,
10450 Penang, Malaysia
Tel : 04-228 8222
Fax : 04- 226 7989

Kedah

Metro Specialist Hospital
No 1, Lorong Metro,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4238888
Fax : 04-4258888

Putra Medical Centre
888, Jalan Sekerat, Off Jalan Putra,
05100 Alor Star, Kedah
Tel : 04-7342888
Fax : 04-7348882

Kedah Medical Center Pumpong,
05250 Alor Setar, Kedah
Tel : 04-7308878
Fax : 04-7332869

Strand Hospital
1, Persiaran Cempaka, Bandar Aman Jaya,
08000 Sungai Petani, Kedah
Tel : 04-4428888
Fax : 04-4428889

Kelantan

Universiti Sains Malaysia USM,
Kampus Kesihatan,
16150 Kubang Kerian,
Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-766 3137

Perdana Specialist Hospital
Lot PT37 & PT600, S
eksyen 14, Jalan Bayam.
15200 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-745 8000
Fax : 09-747 2877

Kota Bharu Medical Centre
P.T 179-184, Jalan Sultan Yahya Petra, Lundang,
15150 Kota Bharu, Kelantan
Tel : 09-743 3399
Fax : 09-747 8271

Terengganu

Kuala Terengganu Specialist Hospital
No. 443B, Jalan Kamarudin, 20400
Kuala Terengganu, Tereangganu
Tel : 09-624 5353 09
Fax : 09-626 5211

Pahang

Kuantan Medical Centre 1,
Jalan Tun Ismail 9,
25000 Kuantan , Pahang
Tel : 09-514 2828
Fax 09-516 3753

Kuantan Specialist Hospital
51 Jalan Alor Akar,
25250 Kuantan, Pahang
Tel : 09-567 8588 09-567 8098

Sabah

Sabah Medical Centre
Lorong Bersatu,
Off Jalan Damai Luyang,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel 088-222922
Fax : 088-243540

Rafflesia Medical Centre
Lot 5, 6, 7, 8, Milennium Commercial Centre,
Off Jalan Lintas, Kepayan,
88200 Penampang,
Kota Kinabalu,Sabah
Tel : 088-272630
Fax : 088-272640

Damai Specialist Centre
DSC Building, Lorong Pokok Tepus 1,
Off Jalan Damai,
88300 Kota Kinabalu, Sabah
Tel : 088-222922
Fax : 088-243540

Sarawak

Normah Specialist Medical Centre
Lot 937, Sek 30, KTLD, Jalan Tun Abdul Rahman,
Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak
Tel : 082-440055
Fax : 082-442600

Rejang Medical Centre
29, Jalan Pedada,
96008 Sibu, Sarawak 084-330733 084-327342
Sibu Specialist Medical Centre 52A-F, Brooke Drive,
96000 Sibu, Sarawak
Tel : 084-218800
Fax : 084-219900

Timberland Medical Centre
Lot 5164-5165, Blk 16, KCLD,
Taman Timberland, Rock Road,
93250 Kuching, Sarawak
Tel : 082-234466
Fax : 082-244273

Columbia Medical Centre, Miri
Lot 1035-1039, Jalan Bulan Sabit,
CDT 155, 98009 Miri , Sarawak.
Tel : 085-437755
Fax : 085-425677

Kuching Specialist Hospital
Lot 10420 Block 11,
Tabuan Stutong Commercial Center,
Jalan Setia Raja,
93350 Kuching, Sarawak.
Tel : 082-365777
Fax : 082-364666




Proses kemasukan ke Hospital Panel:

Pemegang Kad Perubatan PruBSN boleh menikmati kemudahan kemasukan terus ke Hospital-hospital Pakar yang menjadi panel di seluruh Malaysia. Bagi memahami proses ke masukan ke Hospital Panel dengan hanya menggunakan Kad Perubatan, sila rujuk ilustrasi berikut :




(klik pada gambar)

Takafulink Quotation (contoh)

Investment linked plan illustration ini adalah hasil perbincangan anda dengan ejen anda tentang perlindungan yg dikehendaki. Dibawah ini saya sertakan satu contoh quotation untuk Takafulink plan dimana client membayar caruman sebanyak RM130 setiap bulan bermula umurnya 31 tahun sehingga umurnya 80 tahun. Sila klik pada gambar :